Business
KREATIVITI
• Melakukan sesuatu dengan cara yang berbeza daripada kebiasaan untuk perolehi hasil yang lebih baik atau untuk selesaikan masalah
• Membangkitkan keinginan untuk keluarkan produk atau proses yang boleh mendatangkan manfaat, kesesuaian dan bernilai terhadap sesuatu tugas
• Terjadi dari kombinasi 3 kuasa iaitu individu yang mempunyai kepandaian, pengalaman dan kecenderungan
• Dipengaruhi oleh ilmu pengetahuan
• Membantu usahawan untuk selesaikan masalah, merebut peluang, membangunkan idea baru dan mencari cara lain untuk selesaikan masalah
3 BENTUK KREATIVITI
1. Penciptaan – mereka sesuatu yang asli (membuat sesuatu dari tiada kepada ada). Usahawan melihat sesuatu masalah dan mencipta sesuatu alat/proses untuk selesaikan masalah
2. Sintesis – menyatu/menggabung 2 atau lebih perkara /alat/ yang tiada hubungan antara satu sama lain untuk dijadikan satu bentuk yang baru . Contoh computer + telekomunikasi = internet
3. Pengubahsuaian – produk ditingkatkan dari segi kualiti, penggunaan, memanjangkan tempoh boleh guna, penyelenggaraan atau emndapatkan aplikasi baru. Contoh : telefon- ubahsuai
BAGAIMANA MEMBANGUNKAN KREATIVITI
• Tanya “adakah cara lain yang lebih baik”, “bolehkah sesuatu itu baoleh diperbaiki”
• Cabar kebiasaan, tradisi dan rutin – ada perasaan tidak puas hati dan mengeluarkan diri dari zon selesa
• Melihat sesuatu produk dari perspektif yang berbeza dari segi penggunaa, penyelenggaraan, penyimpanan, cara agihan dan citarasa
• Menyedari terdapat lebih dari satu jawapan yang tepat dan terbaik terhadap sebarang masalah yang dihadapi
• Melihat kesilapan dan kegagalan sebagai dorongan kepada kejayaan
• Cuba gabungkan idea yang tiada berkaitan dengan permasalahan yang dihadapi
PROSES KREATIVITI
1. Persediaan – membangunkan minda dari pendidikan formal, latihan semasa kerja dan pengalaman
2. Penyiasatan – kenalpasti masalah – ubahsuai produk/proses. Jika penyesuaian tidak boleh atasi masalah perlu perkenalkan produk baru. Setelah kenalpasti masalah perlu lakukan bedahsiasat/postmortem dan cari punca sebenar masalah
3. Transformasi – kenal pasti persamaan dan perbezaan antara permasalahan yang berlaku sekarang dengan yang dulu
4. Inkubasi – menganalisis maklumat yang diperolehi. Masa yang sesuai/tempoh yang sesuai diperlukan untuk memahami masalah . kaji peluang-peluang yang boleh diperolehi dari masalah tersebut
5. Iluminasi – hasil dari inkubasi boleh membangunkan idea yang inovatif sebagai jalan penyelesaian. Idea boleh diuji sejauh mana ia boleh menyelesaikan masalah. Pastikan tiada amsalah baru wujud
6. Pengesahan – menjadi alternative kepada penyelesaian masalah dan uji ketetapan. Uji pasaran
7. Perlaksanaan – peringkat ini semua pihak yakin dengan idea baru itu diperkenalkan boleh menyelesaikan masalah
Kreativiti dalam perniagaan adalah penting! Pelajarinya di sini

lol